Thursday, 5 March 2015

Puisi Qalbi

Thursday, 5 March 2015

Mudahnya mengeluh,
                                  sukarnya bersyukur.


(Allah, ampunkan kami T_T)

Nikmat,
Begitu banyak Engkau beri,
Kasih sayang-Mu tidak terperi,
Namun sedikit yang aku syukuri,
Akibat nafsu menguasai diri.

Syukur,
Aku mudah melihat yang tidak dimiliki,
Entah kenapa tapi itu lumrah manusiawi,
Kadang aku sedih sendiri,
Dengan sikap aku yang sebegini.

Hamba,
Diri ini mengakui Allah itu pencipta,
Tapi lagak tidak seperti yang dikata,
Bibir boleh meniti apa sahaja,
Namun perbuatan yang akan membuktikannya!

Hidup,
Semua manusia tahu hidup didunia sementara,
Yang akhirat itu kekal selamanya,
Tapi mengapa bekalan dunia digapai banyak,
bekalan akhirat ala kadar sahaja?

Malu,
Aku malu hidup dengan dosa sebanyak ini,
Aku tahu betapa tidak layaknya diri,
untuk digelar dipanggil bidadari,
Meskipun hanya bidadari duniawi.

Hati,
Dalam tubuh ini punya seketul daging,
Yang mana baiknya ia akan baik seluruh tubuh badannya,
Warnanya entah hitam atau kuning,
Kerna aku tahu hatiku tidak sesihat mereka,
Para Muqarrabin.

Jiwa,
Kadang jiwa aku meronta,
Mungkin kerna leka dengan dunia,
Dan juga kerna dosa kepada yang Esa,
Aku mengaku diri ini tidak mulia,
Dan aku mengaku diri ini hanya manusia yang hina.
Aku malu ya Allah.
Sekeliling aku,
Semua orang yang hebat,
Namun aku masih tercegat,
Kadang langkahku seakan tersekat,
Maluku terhadap-Mu yang maha menerima taubat.
Aku minta ampun ya Allah.
Aku mengakui sebagai 'abid-Mu,
Tapi tidak seperti hamba,
Aku mengakui cinta Rasul-Mu,
Tapi selawat keatas Nabi boleh ku kira bilangannya.

 سبحان الله
 الحمدلله
ولا إله إلّا الله
الله أكبر

اللهم صلّ على سيّدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم