Aku Manusia.
Aku manusia,
Selalu alpa,
Selalu terleka,
Selalu terlupa,
Tak lekang dari dosa.
Aku manusia,
Dulu yang mahram aku usik,
Rasa biasa aku belek,
Tanpa merasa pelik,
Apatah lagi jelek,
Dengan perbuatan aku yang tak molek.
Aku manusia,
Dulu tudung makin singkat makin bangga,
Kalau pakai memang malu pun tak rasa,
Tudung labuh dianggap tua,
Memang tak sesuai dengan aku yang muda.
Hijrah,
Hati mula rasa ingin berubah,
Mungkin dari orang sekeliling tarbiah,
Memang awalnya aku rasa begitu susah,
Tapi aku usaha jua untuk berpindah!
Hijrah,
Aku mengorak langkah sedikit demi sedikit,
Berusaha beramal sebagai 'abid,
Bukan sekaligus kerana takut iman yang secubit,
Tidak mampu untuk semua terus menjadi habit.
Hijrah,
Kini aku bertudung labuh,
Berbaju muslimah,
Stokin dan stongan tinggal tidak pernah,
Walau hakikat diri masih tak cukup gagah,
Untuk menjaga hati yang sifatnya berubah ubah.
Dan untuk mencuba istiqamah.
Hijrah,
Aku berusaha untuk menjadi yang terpelihara,
Walau aku pernah diratah dengan mata2 manusia,
Namun perbuatan masa lalu itu tidak pernah lagi ku cuba,
Dek takut kepada yang maha Esa.
"Aku sudah. Anda bagaimana?"
Jom! kita paksa diri untuk berubah, berpindah dan berhijrah ke jalan yang diredhai-Nya.
Jika tidak dipaksa diri kita, pasti kita takkan pernah bisa berubah.
Ingat! Allah hanya akan membantu mereka yang betul-betul NAK berubah sahaja, bukan mereka yang NAK-TAK-NAK berubah.
Jika tidak dipaksa diri kita, pasti kita takkan pernah bisa berubah.
Ingat! Allah hanya akan membantu mereka yang betul-betul NAK berubah sahaja, bukan mereka yang NAK-TAK-NAK berubah.
Biarlah kita lunyai sebab tarbiah diri, bukan sebab hiburan yang melalaikan diri.
Hijrah bukan mudah didunia tapi mudahkan kita ke Jannah-Nya di akhirat.
Hijrah bukan mudah didunia tapi mudahkan kita ke Jannah-Nya di akhirat.
Wallahua'lam bissowab